Softskills- Penulisan Asas Membuat Resume Bersama Pelajar Sekolah Menengah
26 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25/08/2024, Pihak NADI Piasau Utara telah mengadakan kelas penulisan asas resume bersama perlajar sekolah menengah. Kelas ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami erti, fungsi, tujuan, format, dan contoh-contoh resume yang berkualti. Dalam kelas ini juga, pengajar memberi pemahaman pentingnya resume rasmi yang memberikan gambaran secara keseluruhan mengenai kelayakan profesional, termasuk pengalaman kerja, kemahiran, pendidikan, dan pencapaian penting mereka.
Akhir dari kelas ini, pelajar dapat mengetahui yang resume menjadi penilaian pertama sebelum pihak majikan bersetuju untuk menemuduga. Jika resume yang mereka hasilkan kemas, ringkas, padat, berinformasi dan tersusun rapi, maka peluang untuk mendapat peluang temuduga dengan majikan semakin cerah. Kelas ini bermula pada jam 11 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: